(1) Kisah Orang Berniaga - Hangatnya Tahi Ayam !



albanjari  | 24.Aug.2016 | 10 pagi.

Semua orang tahu bahawa 9 daripada 10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan. Malah setiap orang yang berniaga tentunya mahukan kejayaan.Namun ramai daripada mereka ini yakni yang baru mahu berniaga sekadar hanya hangat - hangat tahi ayam, atau sekadar melepaskan batuk di tangga. 

Asal buat, jadi..jadilah, tak menjadi..terus berhenti. Adat mula berniaga, nak jadi itulah..nak jadi inilah..lepas tu nak tolong mak ayah di kampung, nak tolong orang susah, nak majukan diri sendiri bagi meningkatkan taraf hidup untuk anak isteri, tetapi akhirnya bubar dan menanggung hutang keliling pinggang. 

Saya sangat bersetuju dengan hujah yang dilontarkan oleh Puan Dilla Jalil, eh..bukan ziela jalil yer, salah orang tu. Siapa dia nanti saya tuliskan di post yang lain. Kita bicara dahulu tentang semangat dan risiko. Seorang yang mahu terlibat di dalam perniagaan perlu punya semangat juang yang tinggi. Setinggi mana tu ?Yer !  Setinggi kita bergantung harap kepada Allah SWT. 

Jiwa orang berniaga perlukan semangat yang konsisten, doa yang berterusan, usaha dan yakin, solat jangan tinggal, tawakkal, dan kena yakin tentang bahagian rezeki yang Allah SWT untukkan untuk kita atas apa jua usaha yang kita buat dan niagakan, Insya Allah. 

Oklah, saya berhenti dahulu di sini, maaf yer kerana di kemuncak bicara, saya pulak tarik hand brake, kita sambung lagi di bicara esok hari. Jom Dhuha !!

* Siri Edisi Khas BBdM : 
Baca juga kisah kejayaan sahabat-sahabat kita dalam 'binabisnes' pada paparan edisi khas nanti - " Mereka HEBAT kerana mereka berani mengambil RISIKO ".
[Read More...]


 

Recent Comments

Popular Posts

Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors